Kami

Pertubuhan Skuad Anak Sabah telah ditubuhkan dan berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuan Malaysia dengan No. Pendaftaran PPM-001-12-07082025 pada 07 Ogos 2025. Penubuhan Skuad Anak Sabah adalah bertujuan sebagai gerakan rakyat sabah melalui platform pertubuhan bukan Kerajaan untuk menyemarakkan semangat patriotik negeri dan negara disamping memupuk nilai-nilai Kebajikan terhadap Masyarakat di seluruh negeri Sabah melalui tenaga sukarelawan Skuad Anak Sabah.. Ianya juga menjadi jentera untuk mempromosikan kepelbagaian etnik dan suku kaum negeri Sabah.

Misi

Menjalankan aktiviti kebajikan dari segi kerja-kerja amal dan bantuan derma kepada golongan yang memerlukan terdiri daripada masyarakat anak jati Sabah

Menyediakan jaringan kerjasama sosial antara ahli pertubuhan bersama masyarakat anak jati Sabah didalam program-program dan aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh pertubuhan

Memperkasa tenaga sukarelawan didalam pertubuhan untuk berkhidmat dan membantu kebajikan masyarakat anak jati Sabah

Menyemarak semangat patriotisme dalam nadi masyarakat anak jati Sabah di setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan

Mempromosi  kepelbagaiaan etnik masyarakat anak jati Sabah didalam program-program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan

Hubungi Kami

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, cadangan atau kerjasama berkaitan perjuangan dan aktiviti Skuad Anak Sabah.

01234567890

Struktur Pentadbiran

Struktur Pentadbiran Skuad Anak Sabah dibentuk secara teratur dengan pembahagian tanggungjawab mengikut zon dan kawasan DUN, bagi memastikan pengurusan organisasi berjalan lancar, telus dan berkesan.

Biro Pentadbiran

Pentadbiran bagi pertubuhan dan pengurusan Ahli

Biro Mahasiswa

Mentadbir urus ahli-ahli dikalangan mahasiswa serta program-program khas mengikut matlamat utama Skuad Anak Sabah

Biro Kemasyarakatan

Pentadbiran bagi program-program Kebajikan dan mengangkat isu-isu msyarakat kepada pihak berkuasa.

Biro Khas

Menjalankan tugas-tugas khas yang diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Negeri

Biro Ekonomi

Khusus kepada program dan bantuan peningkatan ekonomi bagi Ahli Skuad Anak Sabah

Visi

Sabah Tanah Airku
Skuad Anak Sabah selaku pertubuhan yang mencintai Negeri Sabah akan mempertahankan dan mengangkat suara Anak Jati Sabah tentang Hal-Ehwal dan kepentingan Masyarakat Anak Jati Sabah.

Patriotisme
Skuad Anak Sabah sebagai Gerakan menyemarak semangat patriotism seluruh Masyarakat Anak Jati Sabah mencintakan Negeri Sabah dan menjulang perlembagaan Malaysia.
Menjadi barisan hadapan untuk memerangi pihak-pihak atau Kumpulan yang cuba memecah belah perpaduan dan keharmonian bangsa-bangsa, etnik-etnik didalam Negeri Sabah.
Setiap program dan aktiviti anjuran Skuad Anak Sabah akan diserapkan elemen-elemen patriotisme untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan Ahli dan Masyarakat Anak Jati Sabah.

Perpaduan Etnik 
Skuad Anak Sabah mengukuhkan penglibatan wakil setiap etnik-etnik dan suku kaum Negeri Sabah didalam Gerakan Skuad Anak Sabah demi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara etnik dan bangsa.

Membawa suara kepentingan etnik-etnik kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan memastikan setiap isu dan permasalahan bukan saja didengari akan tetapi diselesaikan.

Keharmonian Generasi
Skuad Anak Sabah menjadi jaringan kerjasama sosial antara generasi muda, belia, dewasa dan warga emas melalui program-program kemasyarakatan dengan melibatkan setiap lapisan Masyarakat Anak Jati Sabah.

Pemerkasaan Ahli 
Skuad Anak Sabah menjadi perantaraan didalam pemerkasaan ahli berdaftar melalui jaringan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan memberikan inisiatif Kebajikan, Pendidikan, Keusahawanan dan Faedah-faedah Asas.

Halatuju

Sabah Tanah Airku
◉ Skuad Anak Sabah selaku pertubuhan yang mencintai Negeri Sabah akan mempertahankan dan mengangkat suara Anak Jati Sabah tentang Hal-Ehwal dan kepentingan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Patriotisme
◉ Skuad Anak Sabah sebagai Gerakan menyemarak semangat patriotism seluruh Masyarakat Anak Jati Sabah mencintakan Negeri Sabah dan menjulang perlembagaan Malaysia.
◉ Menjadi barisan hadapan untuk memerangi pihak-pihak atau Kumpulan yang cuba memecah belah perpaduan dan keharmonian bangsa-bangsa, etnik-etnik didalam Negeri Sabah.
◉ Setiap program dan aktiviti anjuran Skuad Anak Sabah akan diserapkan elemen-elemen patriotisme untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan Ahli dan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Perpaduan Etnik
◉ Skuad Anak Sabah mengukuhkan penglibatan wakil setiap etnik-etnik dan suku kaum Negeri Sabah didalam Gerakan Skuad Anak Sabah demi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara etnik dan bangsa.
◉ Membawa suara kepentingan etnik-etnik kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan memastikan setiap isu dan permasalahan bukan saja didengari akan tetapi diselesaikan.
Keharmonian Generasi
◉ Skuad Anak Sabah menjadi jaringan kerjasama sosial antara generasi muda, belia, dewasa dan warga emas melalui program-program kemasyarakatan dengan melibatkan setiap lapisan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Pemerkasaan Ahli
◉ Skuad Anak Sabah menjadi perantaraan didalam pemerkasaan ahli berdaftar melalui jaringan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan memberikan inisiatif Kebajikan, Pendidikan, Keusahawanan dan Faedah-faedah Asas.