Kami
Pertubuhan Skuad Anak Sabah telah ditubuhkan dan berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuan Malaysia dengan No. Pendaftaran PPM-001-12-07082025 pada 07 Ogos 2025. Penubuhan Skuad Anak Sabah adalah bertujuan sebagai gerakan rakyat sabah melalui platform pertubuhan bukan Kerajaan untuk menyemarakkan semangat patriotik negeri dan negara disamping memupuk nilai-nilai Kebajikan terhadap Masyarakat di seluruh negeri Sabah melalui tenaga sukarelawan Skuad Anak Sabah.. Ianya juga menjadi jentera untuk mempromosikan kepelbagaian etnik dan suku kaum negeri Sabah.
Misi
Menjalankan aktiviti kebajikan dari segi kerja-kerja amal dan bantuan derma kepada golongan yang memerlukan terdiri daripada masyarakat anak jati Sabah
Menyediakan jaringan kerjasama sosial antara ahli pertubuhan bersama masyarakat anak jati Sabah didalam program-program dan aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh pertubuhan
Memperkasa tenaga sukarelawan didalam pertubuhan untuk berkhidmat dan membantu kebajikan masyarakat anak jati Sabah
Menyemarak semangat patriotisme dalam nadi masyarakat anak jati Sabah di setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan
Mempromosi kepelbagaiaan etnik masyarakat anak jati Sabah didalam program-program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan
Hubungi Kami
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, cadangan atau kerjasama berkaitan perjuangan dan aktiviti Skuad Anak Sabah.
01234567890
Struktur Pentadbiran
Struktur Pentadbiran Skuad Anak Sabah dibentuk secara teratur dengan pembahagian tanggungjawab mengikut zon dan kawasan DUN, bagi memastikan pengurusan organisasi berjalan lancar, telus dan berkesan.
Biro Pentadbiran
Pentadbiran bagi pertubuhan dan pengurusan Ahli
Biro Mahasiswa
Mentadbir urus ahli-ahli dikalangan mahasiswa serta program-program khas mengikut matlamat utama Skuad Anak Sabah
Biro Kemasyarakatan
Pentadbiran bagi program-program Kebajikan dan mengangkat isu-isu msyarakat kepada pihak berkuasa.
Biro Khas
Menjalankan tugas-tugas khas yang diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Negeri
Biro Ekonomi
Khusus kepada program dan bantuan peningkatan ekonomi bagi Ahli Skuad Anak Sabah
Visi
Sabah Tanah Airku
Skuad Anak Sabah selaku pertubuhan yang mencintai Negeri Sabah akan mempertahankan dan mengangkat suara Anak Jati Sabah tentang Hal-Ehwal dan kepentingan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Patriotisme
Skuad Anak Sabah sebagai Gerakan menyemarak semangat patriotism seluruh Masyarakat Anak Jati Sabah mencintakan Negeri Sabah dan menjulang perlembagaan Malaysia.
Menjadi barisan hadapan untuk memerangi pihak-pihak atau Kumpulan yang cuba memecah belah perpaduan dan keharmonian bangsa-bangsa, etnik-etnik didalam Negeri Sabah.
Setiap program dan aktiviti anjuran Skuad Anak Sabah akan diserapkan elemen-elemen patriotisme untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan Ahli dan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Perpaduan Etnik
Skuad Anak Sabah mengukuhkan penglibatan wakil setiap etnik-etnik dan suku kaum Negeri Sabah didalam Gerakan Skuad Anak Sabah demi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara etnik dan bangsa.
Membawa suara kepentingan etnik-etnik kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan memastikan setiap isu dan permasalahan bukan saja didengari akan tetapi diselesaikan.
Keharmonian Generasi
Skuad Anak Sabah menjadi jaringan kerjasama sosial antara generasi muda, belia, dewasa dan warga emas melalui program-program kemasyarakatan dengan melibatkan setiap lapisan Masyarakat Anak Jati Sabah.
Pemerkasaan Ahli
Skuad Anak Sabah menjadi perantaraan didalam pemerkasaan ahli berdaftar melalui jaringan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan memberikan inisiatif Kebajikan, Pendidikan, Keusahawanan dan Faedah-faedah Asas.
Halatuju


◉ Menjadi barisan hadapan untuk memerangi pihak-pihak atau Kumpulan yang cuba memecah belah perpaduan dan keharmonian bangsa-bangsa, etnik-etnik didalam Negeri Sabah.
◉ Setiap program dan aktiviti anjuran Skuad Anak Sabah akan diserapkan elemen-elemen patriotisme untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan Ahli dan Masyarakat Anak Jati Sabah.

◉ Membawa suara kepentingan etnik-etnik kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan memastikan setiap isu dan permasalahan bukan saja didengari akan tetapi diselesaikan.

